Langsung ke konten utama
Menu
Bahasa

© 2024 Tenunan Songket

Warisan Budaya Melayu

Tentang Tenunan Songket

Melestarikan seni tenun tradisional Melayu dengan kualiti terbaik dan harga berpatutan

Siapa Kami

Tenunan Songket merupakan sebuah syarikat pembuatan kain tenunan tradisional yang menjual kain tenunan songket kepada pengguna. Kami menjual kain tenunan hasil buatan sendiri dalam bentuk kain mentah, kain sinjang (sampin), kain tenunan/songket mentah untuk pakaian baju pengantin.

Jika anda tengah mencari kain, sila hubungi kami. Kami menawarkan kain berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Produk Kami

Kami membuka toko online yang menjual beragam jenis dan corak songket dengan bermacam warna baik itu Tenunan Brunei, Songket Sarawak, Malaysia yang dipadukan dengan corak Songket Sambas.

Semua produk yang kami jual merupakan hasil tenunan alat tradisional (handmade). Hasil produk TenunanSongket.com dibuat oleh tukang tenun yang sudah dibina dan berpengalaman bekerja sebagai penenun di Brunei sehingga produk kain tenun songket buatan mereka berkualitas, dengan pelbagai corak cantik dengan sentuhan seni Melayu dari turun temurun.

Walau begitu kami juga menciptakan corak-corak baru sesuai dengan perkembangan zaman.

Lokasi & Sejarah

Kedai Tenunan Songket ini berada di Sambas, Indonesia berdekatan dengan Sarawak Malaysia. Di Sambas adalah pusat tenunan, ada sekitar 3 kampung di sini yang rata-rata mempunyai keahlian menenun dengan kondisi ekonomi yang susah.

Dengan tujuan ingin mensejahterakan kehidupan penenun, maka kami menghimpunkan penenun untuk membuat tenunan dengan cara Brunei. Kami mula menjual produk kain di Instagram @tenunansongkett kemudian membuat website online tenunansongket.com.

Seiring waktu perniagaan kami menjual tenun songket ini berkembang pesat di Brunei dan Malaysia. Sambutan yang luar biasa dari pelanggan membeli dan menempah kain sesuai dengan jenis dan corak yang mereka mahukan.

Misi Kami

Kami berkomitmen untuk melestarikan seni tenun tradisional Melayu sambil mensejahterakan kehidupan para penenun lokal. Setiap pembelian anda membantu menyokong komuniti penenun di Sambas dan menjaga warisan budaya yang berharga ini untuk generasi akan datang.

Chat Kami